Pasti Al-Iman

Pemergian Al-Marhum Dr Fathi Yakan


Pada 13 Jun, dunia kehilangan sebutir mutiara gemerlapan yang sekian lama mencurah bakti kepada umat.

Dr. Fathi Yakan, merupakan aktivis Islam yang terkenal melalui gerak kerja, kuliah dan tulisannya yang mampu membangkit kekuatan roh Islam di kalangan pejuang. Pemergiannya pada usia 76 tahun tentunya meninggalkan sebuah lagi sejarah yang pasti terpahat di sanubari umat.

Buku karangan beliau "Mengapa Saya Berintima' dengan Islam?" menjadi rujukan pengenalan kepada aktivis pergerakan Islam seluruh dunia.

Saya terkenangkan melalui tulisan beliau juga saya diberi pendedahan mengenai perjuangan melibatkan usrah dan program-program di tanah air. Buku beliau menjadi antara rujukan yang dibaca sekalian anak muda yang ingin memahami arus perjalanan perjuangan ini.

Sosok anak muda yang mempunyai semangat dan jiwa yang kental tidak mungkin memadai dengan hanya berbekalkan semangat semata-mata. Tulisan beliau cukup berkesan dalam membina jati diri umat dalam mengimbangi semangat dan tindakan berpandukan suluhan agama wahyu.

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama Mona Yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Semoga Allah merahmati beliau dan memberi ketabahan kepada ahli keluarga beliau.

posted by: Mohd Khairul Mohd-bustanmawaddah

SAJAK


Sajak yang dideklamasikan sempena
Hari Guru PASTI Pusat, Tawau Sabah

GURUKU...Guru oh guru ..Dialah pemberi paling setia
Setiap alor ilmu pilihnya
Pelita dan lampu segala untuk manusia
Sebelum jadi dewasa
Dialah ibu, dialah bapa, dia juga sahabat
Alor kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi khidmat
Jika hari ini seorang guru diberi kuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden negara berdiri
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
Dengan lembut sabarnya
Mengajar, menulis, membaca, mengira
Dimana pada dia berdiriDi muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di pinggir kota
Dia adalah guru mewarisi seribu ilmu
Semakin terpencil duduknya diceruk desa
Semakin bererti jasanya pada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu
Guruku...Budi yang dilambungkan didulangi ilmuPanggilan keramat
Cikguku.... Guruku....Ingatan kekal terpahat hingga ke akhir hayat

Aku anak pejuang

" Surah Muhammad : 7 Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang menekankan agama. Ayah ku seorang doktor dan ibuku seorang suri rumah. Mereka juga merupakan aktivis masyarakat dan penggerak sebuah parti Islam yang telah lama bertapak di bumi Malaysia ini.

Sejak kecil saya dan adik beradik yang lain dididik untuk berdidkari dan sentiasa dibawa untuk bersama-sama mengikuti program-program jamaah. Bagi kami istilah seperti usrah, tamrin, tarbiyyah sudah tidak asing lagi. Jika kami tidak ikut serta dalam program, kami sering ditinggalkan di rumah bersama kakak yang sulung yang umurnya pun bukan ketika itu 12 tahun. Kadang-kadang keadaan tersebut menyebabkan aku sering terasa diabaikan kerana kesibukan ayah dan ibu.

Ketika aku meningkat remaja, aku terpilih untuk ke sekolah berasrama penuh. Pada hari pendaftaran aku tidak ditemani oleh ibu bapaku seperti mana sahabat-sahabat lain. Ayah, ibu dan adik-adik berada di luar negara selama setahun kerana tugasan ayah.

Aku cuba untuk hidup berdikari. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, namun kelibat ibu bapaku masih tidak muncul untuk datang melawatku. Setiap kali hari kunjungan keluarga, aku akan menunggu di tepi kantin dengan harapan ibu bapaku akan datang walaupun aku tahu itu tidak mungkin terjadi kerana mereka berada nun jauh di seberang lautan.

Memang benar pepatah mengatakan `penantian satu penyeksaan’. Sekian lama mengharap,pada suatu petang aku mendengar namaku dipanggil di corong pembesar suara. Pada waktu itu hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hatiku. Dari jauh aku nampak kelibat ibu bapaku, tanpa di sedari air mata kesyukuran jatuh bercucuran. Penantian setahun kini berakhir.

Pada tahun berikutnya aku menghadapi peperiksaan yang besar iaitu SPM. Seperti sahabat-sahabat lain aku mengharapkan keluarga ku datang untuk memberi semangat kepadaku untuk belajar. Namun setiap kali aku menelefon ibu bapaku pasti mereka akan jawab,` ibu ada program hujung minggu ni ’,` minggu ni ibu ada usrah’,`ayah kena rasmikan majlis ni minggu ni ‘ dan jawapan-jawapan sepertinya yang lain. Jarang sekali mereka berkelapangan untuk datang melawatku di sekolah.

Sahabat-sahabat ku selalu bertanya kepada aku,` anti ni orang Selangor je tapi jarang ana nampak keluarga anti datang’. Aku hanya mendiamkan diri, diam seribu bahasa. Aku tahu jika aku terangkan kepada mereka pun, mereka tidak akan faham. Kadang-kadang pernah terdetik di hati ku, adakah adil semua ini untuk aku. Namun cepat-cepat aku padamkan perasaan itu. Ibu selalu berkata, “kerja-kerja jemaah inilah yang memberi keberkatan dalam hidup kita”. Kenyataan itu tidak dapat aku nafikan. Aku dan adik beradik yang lain lebih mudah memahami sesuatu pelajaran berbanding orang lain. Banyak kejadian dalam hidup keluarga kami membuktikan pertolongan Allah sangat jelas datang membantu.

Contohnya ketika keputusan SPM diumumkan. Aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Aku yakin bahawa kejayaan ini hasil keberkatan daripada kerja-kerja jemaah yang dilaksanakan oleh ibu bapaku.

Kini aku pula terlibat dengan kerja-kerja jemaah. Aku mula memahami betapa pentingya perjuangan ini , perjuangan yang tidak menjanjikan ganjaran wang ringgit bahkan kekadang mengundang kebencian manusia. Namun hanya keredhaan Allah didambakan agar agama Allah dapat didaulatkan di atas muka bumi ini. Kerja yang memerlukan banyak pengorbanan ini tidak semua orang sanggup memikulnya. Ada yang gugur di tengah jalan kerana tidak mampu menghadapi cabaran-cabaran dalam berdakwah. Aku mula menyedari dan memahami penglibatan ibu bapaku selama ini.

Kepada semua anak-anak pejuang, janganlah kalian sedih dan rasa terabai kerana janji Allah itu pasti seperti di dalam surah Muhammad ayat ke-7 yang nyatakan di atas tadi. Kepada para pejuang, jangan sesekali ragu-ragu dan merasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan anak-anak kerana sibuk dengan perjuangan, kami anak-anakmu memahami dan kami bersedia menjadi penerus perjuangan ini. Yakinlah bahawa Allah tidak akan sia-siakan segala pengorbananmu.....TAKBIR!!!


...Coretan rasa: Humayra Mawaddah

TANGAN ORANG TAK SOLAT


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir.

Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.

Tak tergamak, kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Waspada apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hinggakan Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah, as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" . Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.



CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG

1. Berdiri betul mengadap kiblat, lafaz niat dan takbiratul ihram (sambil berniat di dalam hati).
Cara-cara mengerjakan solah.



2. Qiam (meletakkan tangan antara pusat dan dada, dan membaca doa iftitah :



3. Rukuk.
Cara-cara mengerjakan solah.

4. I'tidal (bangun daripada sujud).
Cara-cara mengerjakan solah.

5. Sujud.
Cara-cara mengerjakan solah.

6. Duduk antara dua sujud (duduk iftirasy).
Cara-cara mengerjakan solah.

7. Tahiyyat Awal.
Cara-cara mengerjakan solah.

8. Tahiyyat akhir.

________________________________________





 
Blogger Templates